Sunday, April 20, 2008

5 FALSAFAH JURUS TENAGA DALAM


1. Spiritual : dengan agama kita dijaga, perilaku kehidupan kita harus
selalu ingat dan berada dalam koridor agama.


2. Seni : dengan seni kita akan mengerti erti keindahan


3. Olahraga : dengan olahraga kita memelihara kesihatan dan stamina


4. Beladiri : Dengan beladiri, kita akan tingkatkan rasa percaya diri kita belajar beladiri mulai dari beladiri keras sampai dengan beladiri halus ( sopan santun).


5. Ilmu : dengan ilmu kita akan tahu rahsia di balik rahsia.

PESANAN UNTUK YANG INGIN BELAJAR

Saya amat menekankan kepada sekalian pelajar untuk meletakkan pengharapan kepada ALLAH SWT sebagai pusat QUWWAH (kekuatan) dan sebagai satu-satunya yang Maha Berkuasa dan Memberikan apa yang kita pohon. Sesuai dengan matlamat Mind Gym adalah mengajak pelajar untuk mendekatkan dirinya kepada ALLAH SWT dengan cara menempuh jalannya, iaitu wirid dan menyintai ALLAH SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Doa akan bermanfaat bagi perkara (musibah) yang telah diturunkan atau yang belum diturunkan. Oleh kerana itu, wahai hamba-hamba Allah, hendaklah kalian selalu berdoa" (HR Hakim). Kita sedia maklum bahawa ramai orang yang hanya mengingati ALLAH SWT dikala susah atau tertimpa musibah. Inilah matlamat utama Mind Gym untuk mengembalikan ummat untuk menyintai ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman, Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.

Mind Gym menggunakan media internet adalah kerana media internetlah yang paling disukai oleh masyarakat sekarang namun ramai juga yang jarang menerima siraman rohani melalui internet dan menyalah gunakannya. Jadi dari itu Mind Gym terpanggil sama-sama menyumbangkan idea untuk kepentingan masyarakat. Insya ALLAH, kami akan terus maju dan memperbaiki diri sendiri bersama para anggota dan ummat sekalian yang masih memliki hati untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya.

KHAS BAGI MEREKA YANG YAKIN, RAJIN BERAMAL, IKHLAS DAN JUJUR !!!
BAGI YANG TIDAK YAKIN, TIDAK MAHU BERAMAL, TIDAK IKHLAS HARAP JANGAN BERGABUNG DENGAN KAMI KERANA IANYA AKAN MENIMBULKAN MASALAH DI KEMUDIAN HARI !!!

PERJANJIAN

  • Kami menerapkan SISTEM MAHAR kerana kami mengharapkan anda IKHLAS sebagai syarat utama belajar dari kami, juga tentunya anda akan mendapatkan pahala hasil dari KEIKHLASAN yang anda sumbangkan.
  • Dengan MAHAR bererti anda IKHLAS memberikannya kepada kami, kerana itu MAHAR tidak akan dikembalikan
  • Kami bertanggung jawab memproses pesanan anda dan kemudian membantu anda yang sudah belajar dari kami semampu kami. Oleh kerana kami MAKHLUK ALLAH, maka kami hanya berusaha sekuat tenaga untuk membantu anda, kepastian adalah milik ALLAH. Dengan keyakinan, kesabaran dan istiqamah (berterusan) dan mengikuti aturan yang ada tentunya ALLAH pasti kabulkan cepat atau lambat atau diberikan ganti yang lebih baik. Kami membantu anda tanpa mengira masa.
  • Jika dalam 3 minggu belum ada jawapan dari kami atau pesanan belum diterima, harap hubungi kami samada melalui email dr_hjshahrin@yahoo.com atau +60129819425. Kami akan lakukan semakan dan akan mengirim kembali pesanan anda itu.
  • Anda harus YAKIN kepada ALLAH dengan berbaik sangka kepada-Nya bahawa ALLAH pasti kabulkan cepat atau lambat, tetapi jangan memaksa ALLAH untuk kabulkan permintaan anda.
  • Anda harus sabar dan istiqamah (berterusan) dalam mengamalkannya dengan ikhlas untuk menggapai redha ALLAH dan juga mempertajam ilmu anda.
  • Anda harus berniat bersih dan menjauhkan diri dari larangan agama terutama ZINA, minum minuman keras, menagih dadah, judi, kufur, fasiq dan syirik
  • Anda harus gunakan keilmuan anda untuk tujuan baik.

SYARAT MENGUASAI ILMU HIKMAH DI MINDGYM SECARA UMUM

  1. Beragama Islam
  2. Berkeyakinan bahawa ilmu hikmah ada dan dapat dikuasainya
  3. Berbaik sangka kepada diri sendiri, kepada ALLAH dan kepada ilmu hikmah itu sendiri bahawa kita harus yakin dapat, yakin ALLAH memberi dan yakin ilmu hikmahnya berguna bagi dirinya
  4. Melakukan amalan berupa berpuasa jika diharuskan berpuasa, konsentrasi, wirid/membaca amalannya dengan waktu dan jumlah yang ditentukan. Semakin diwirid, ilmu hikmah semakin mendarah daging hingga ALLAH SWT mudah memberi apa yang kita minta. Pepatah mengatakan, "Setiap wirid pasti ada warid (hasil)". Ketentuan puasa dengan mensyaratkan makanan tertentu hukumnya tidak wajib, sekadar menahan nafsu duniawi dari kebiasaan selama ini, sebagaimana diterangkan dalam Manaqib Syekh Abdul Qadir Al Jilani yang menetapkan murid-muridnya untuk tidak makan daging untuk kesempurnaan ibadat.
  5. Ilmu Hikmah bersumber dari ajaran Islam atau dari amalan Ulama' Hikmah
  6. Ilmu Hikmah akan bermanfaat jika dilakukan untuk kebaikan, tidak untuk kesombongan atau pertunjukan.
  7. Ilmu Hikmah masih tetap ada atau masih baik dayanya di tubuh seseorang selama dia menjauhi minum minuman keras, mencuri, berzina, menagih dadah, main judi, syirik dan murtad
  8. Ilmu Hikmah tidak semuanya dapat didemonstrasikan kerana sifatnya defensif atau jaga diri atau datang ketika diperlukan.
  9. Ilmu Hikmah bermanfaat jika digunakan untuk perkara sebenar dan bukan untuk dimain-main atau menguji.
  10. Ilmu Hikmah, zikir, wirid dan sejenisnya adalah sarana, atau doa, atau sugesti keyakinan diri dan bukan yang berkuasa dan memberi bekas. Dan sarana harus suci dan halal, tidak boleh bertentangan dengan ajaran Islam

KEBAIKAN PERNAFASAN MAGNETISM

KEBAIKAN BERLATIH SENAMAN PERNAFASAN MAGNETISM

1. Sentiasa segar dan tidak letih

2. Kebal dari serangan suatu penyakit

3. Sembuh dari berbagai jenis penyakit yang sedang diderita

4. Sinergi & mempercepat proses penyembuhan medik.

5. Tidak akan mudah terkena stres dan penyakit kejiwaan lainnya

6. Mengurangkan kadar kemungkinan terkena serangan Jantung mahupun Stroke

7. Memperlambatkan proses kedutan kulit

8. Mempertahankan keindahan payudara, muka dan perut

9. Mempercepat penyembuhan luka, samada luka di luar maupun di dalam tubuh

10. Memberikan ketenangan bathin serta meningkatkan kepercayaan diri.

11. Meningkatkan stamina, pertumbuhan dan kecerdasan anak

12. Memiliki tenaga yang cukup untuk membela diri dari tindakan kekerasan seseorang

13. Mempertajam naluri terutama dari perkara yang dapat membahayakan kita

14. Memungkinkan kita memiliki kemampuan hipnotisme dan telepati.

15. Menolak pengaruh jahat.

16. Memiliki kemampuan mengubati orang lain/ keluarga yang sedang sakit samada jarak dekat mahupun jarak jauh

17. Mempercepat proses pengubatan medik

18. Meningkatkan kualiti seksual

19. Tafakkur lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT.

20. Dan masih banyak lagi kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi…

KEUNGGULAN SENAMAN PERNAFASAN MAGNETISM

1. Cuma untuk orang Islam sahaja namun jika yang bukan beragama Islam untuk turut serta, tidak menjadi masalah.

2. Menyembuhkan dengan seketika (instant) atas beberapa penyakit tertentu.

3. Sinergi & mempercepat proses penyembuhan medik

4. Hanya terdiri dari beberapa gerakan yang mudah dilakukan oleh siapa sahaja.

5. Latihan Olah Nafas Magnetism dapat dilakukan sendiri dan hanya memerlukan waktu 30 minit pada setiap harinya

6. Tidak memerlukan tempat & peralatan khusus, dapat dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa.

AKTIVITI MIND GYM

Berikut ini adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Mind Gym:

1) Pada setiap hari Sabtu jam 9.00 - 10.30 malam, latihan Senaman Pernafasan Magnetism diadakan di Kolej Teknologi DarulNaim, Pengkalan Chepa. Latihan dijalankan selama 16 minggu dengan bayaran minima RM15/ untuk setiap bulan. Latihan ini hanya untuk orang dewasa sahaja. Antara silibus yang dijalankan adalah:

- 11 pergerakan olah nafas (nafas salur, keras dan tahan)
- 7 olah nafas dalam keadaan duduk(nafas salur, keras dan tahan)
- meditasi
- visualisasi
- transfer energi
- pengubatan
- pemagaran
- getaran power
- intuisi
- deteksi/pengesanan
- beladiri

Setelah 15 minggu latihan, pada minggu ke 16, Mind Gym akan mengadakan latihan akhir sebagai penamat. Beberapa ujian yang ringan akan dilakukan ke atas ahli.

2. Bagi ahli yang lama, boleh meneruskan latihan di KTD pada setiap Sabtu sebagai ulangkaji dan RM15/ akan dikenakan sebagai bayaran yuran bulanan. Beberapa penambahan latihan akan diberikan sekiranya ahli lama hadir iaitu:

- Lanjutan 7 olahnafas berdiri dan bergerak
- Jurus Tenaga Dalam Frekuensi Ilahi
- Teknik half lock dan full lock
- Teknik Ofensif dan Defensif
- Latihan Multi Isobionic selama 10 minggu

3. Ahli-ahli lama akan diserapkan ke perguruan seni beladiri dan persilatan berdasarkan minat masing-masing sebagai tanda ukhwah tanpa ada kepentingan peribadi.

4. Setiap hari, ahli bebas untuk bertemu dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman untuk berbincang samada hal peribadi atau umum.

5. Ahli digalakkan untuk menghadirkan diri ke kelas agama/pengajian kitab di masjid-masjid pada setiap hari.


* Latihan Sabtu dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Master Wan Khairul Azmi dan dibantu oleh jurulatih yang terlatih iaitu Master Rosmizi, Master Din dan En. Adnan.



OBJEKTIF MIND GYM


1. Membuka minda masyarakat dalam menimba ilmu yang berada di sebalik mata kasar dan dunia fizik " what are hidden beyond the naked eyes"

2. Memberi kesedaran kepada masyarakat agar meletakkan setiap perkara dalam hidup ini dalam satu perspektif yang sebaik mungkin.

3. Merealisasikan cita-cita dan keinginan masyarakat tanpa bergantung kepada perkara2 yang merosakkan aqidah.

4. Membantu masyarakat meningkatkan bathin dalam mencipta kejayaan yang mereka cita-citakan melalui kaedah Visualisasi, Magnetism, Hipnotism, Telepati, Rileksiasi dan Tafakkur.

5. Mengolahragakan masyarakat dengan mengambil berat soal tenaga dan tahap physicall fitness agar dapat menjalankan kehidupan yang aktif dan ceria.

6. Memahamkan masyarakat cara-cara untuk mengendalikan aspek emosi dan spiritual dengan baik agar terbentuk keseimbangan dalam kehidupan mereka.

7. Memahamkan masyarakat tentang potensi minda mereka dan bagaimana mengoptimakan penggunaannya bagi membina tujuan hidup yang positif

8. Menunjukkan kepada masyarakat bagaimana menggunakan kemampuan yang diperolehi hasil dari riadhah untuk memperolehi kesihatan yang sempurna, kekayaan yang diperlukan dan hidup baru yang lebih baik.

9. Mengajar masyarakat bagaimana cara untuk menolong orang lain dengan penyembuhan atau mempengaruhi orang lain demi kebaikan bersama.

Friday, April 18, 2008

PENGENALAN

KELAHIRAN MIND GYM GROUPS

MIND GYM lahir di Kota Bharu, Kelantan pada 1hb. Dis 2001 yang dahulunya terkenal dengan nama STARGATE FOR METAPHYSICS SCIENCES & STARGATE FOR ALTERNATIVE MEDICINE memiliki pelajarnya seramai lebih kurang 500 orang yang tersebar seluruh negara Malaysia termasuk juga Singapura. Dan kini masih dibuka sepenuhnya kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari Ilmu Penyembuhan. Kini Mind Gym telah berjaya melahirkan ramai siswa di seantario Asia dengan jumlah pelajar melebihi 3000 orang dan juga banyak pusat rawatan telah bergabung di bawah satu panji-panji yang dinamakan Mind Gym Groups.

Bioenergiologi adalah olahraga pernafasan yang aktif dan moden. Dengan pemaparannya yang ilmiah, MIND GYM sanggup mengajar mereka dari semua golongan yang akhirnya menurut mereka bahawa Bioenergiologi memang merupakan salah satu alternatif penyembuhan melalui teknik MEDITASI.

Hanya dengan kaedah 1 hari latihan untuk pemula atau pradasar, seseorang pelajar sudah dapat merasakan manfaat serta faedah yang dirasakan. Bahkan dengan pembuktian konkritnya, MIND GYM juga dapat mengaktifkan Tenaga Dalam bagi pelajarnya. Hanya dalam tempoh 5 jam, perubahan dan perkembangan fizik bagi pelajar yang mengikutinya sudah dapat membuktikan penyembuhan.


CARA MENGIKUTINYA


UMUM

Kerana masih terbatasnya gabungan yang ada maka MIND GYM telah memaparkan pengembangannya melalui media cetak atau melalui promosi yang terlihat dan terpampang. Bagi yang ingin bergabung atau hendak mengelolia latihan/kursus di negeri masing-masing, hendaklah dengan jumlah pelajar minima 20 orang dan bolehlah menghubungi:

PROF. DR. HJ. SHAHRIN ABD RAHMAN

Lot 1217 Taman Sabariah,

Jalan Pengkalan Chepa,

15400 Kota Bharu, KELANTAN.

012 9819425

09 7745200


KHUSUS

Bagi mereka yang ingin mempelajari Ilmu penyembuhan / belajar Tenaga Dalam dari MIND GYM tetapi tidak mempunyai masa untuk menyertai latihan umum yang ada maka boleh menghubungi koodinatornya secara persendirian.

Dengan riadhah yang MIND GYM adakan maka MIND GYM siap membina serta mensukseskan program yang telah dialu-alukan oleh kerajaan iaitu:

“RAKYAT SIHAT NEGARA MAJU”


ALUMNI MIND GYM GROUPS

1) KELANTAN - Mind Gym Dev. & Training Centre, Kota Bharu, Kelantan

- Pusat Rawatan Qalbun Salim,

- Qirana Life Marketing

- Herba Anugerah Alam

- Kelantan Mobile Ruqyah Syar’iyyah

- Master Wan Khairul Azmi, 0129596219

- Master Rosmizi, 0139227362

- Master Din Watson 0126574328

- Master Raja 0139421919

- Master Wan Anuar 0139000596

2) SHAH ALAM - Dr. Fazila Mustafa, Pusat Rawatan Cemara Emas. 0162209906

3) JOHOR BAHRU - Masrter Imran, Pusat Rawatan Camar Emas. 0197689090

5) PAHANG - Master Asrul Sham, Pusat Rawatan Qalbun Asrar. 0148338282 Temerloh

- Master Fakhruddin 0129373110 Merapoh

6) IPOH - Badrul 0175539667, 0165460757

7) PULAU PINANG - Master Salahudin, Pusat Rawatan Tradisional Warisan, 0164139540

8) TERENGANU - Ustazah Raja Zafiah, 0199443645,

- Hjh. Syarifah Halimah, Pusat Rawatan Tradisional Penawar Al Hidayah 096233146

- Hj Yusof Ali 0139819498

- Nizam 0139417500

9) KEDAH - Master Arif Jaafar, 0125172966

- Master Abd. Razak, 0194984893

10) PERLIS - Master Zulfikrilazuan, 0194714145

- Master Baharuddin, 0195961017

- Master Rizal, 0199165375

11) NEGERI SEMBILAN - Master Rizal Nawi, 0172451712

12) KUALA LUMPUR - Master Norma Idrus, Pusat Rawatan Kartika Buana, 0163756099 & 0172938858

- Master Izwan, 0175719558

- Master Arshad, 0129709457

13) KUCHING - Master Rizal Rosdi, Anugerah Agung, 0128802035

13) SINGAPURA -Master Saridah, +6592392678 / +6590485067

14) BRUNEI - Master Pg. Hjh. Jamilah, +6738921414

15) INDONESIA - Kamyabi Network International +628161874829


INILAH PERKEMBANGAN MIND GYM GROUPS YANG MASIH BELUM MENYELURUH LAGI.